Isnin, 17 Julai 2017 | 7:32am

Bot tentera elit terbalik di perairan

YAOUNDE: Bot membawa puluhan tentera dari pasukan elit Rapid Intervention Brigade Cameroon terbalik di perairan barat daya negara itu, kata sumber keselamatan.

Sumber yang enggan namanya didedahkan memberitahu, bot yang membawa puluhan anggota tentera, termasuk seorang kolonel itu terbalik semalam waktu tempatan, antara bandar Limbe dan Bakassi.

Pasukan The Rapid Intervention Brigade adalah barisan hadapan tentera Cameroon yang berjuang menentang militan Boko Haram di wilayah utara.

"Pihak tentera sudah memulakan usaha mencari," kata sumber.

Difahamkan, sekurang-kurangnya satu mayat sudah ditemui.

Selain membawa anggota tentera, bot itu turut mengangkut peralatan binaan untuk pangkalan tentera di Semenanjung Bakassi, lokasi yang diawasi pasukan terbabit selepas berlaku serangan.

Walaupun Boko Haram berasal dari Nigeria, kumpulan militan itu kerap melakukan serangan di Cameroon, Chad dan Niger. - AFP

1231 dibaca
Berita Harian X