Jumaat, 11 Ogos 2017 | 11:14pm

20 maut kereta api bertembung di Mesir

KAHERAH: Sekurang-kurangnya 20 maut manakala 84 lain cedera apabila dua kereta api bertembung di luar Iskandariah, Mesir, kata kementerian kesihatan.

Rakaman disiarkan televisyen tempatan menunjukkan sebahagian gerabak satu daripada kereta api melambung ketika kemalangan dan petugas perubatan sibuk memindahkan mayat dan mangsa yang cedera ke dalam ambulans.

Televisyen tempatan, memetik pegawai kementerian pengangkutan sebagai berkata, kemalangan itu berlaku kemungkinan disebabkan kerosakan satu daripada kereta api menyebabkan ia tiba-tiba berhenti di landasan.

Ia adalah nahas kereta api terburuk sejak November 2013, di mana pertembungan antara kereta api dan bas mengorbankan 27 orang di selatan Kaherah. -AFP

221 dibaca
Berita Harian X