Khamis, 31 Ogos 2017 | 11:49pm
MILITAN al Shabaab. - Foto Reuters

3 maut kenderaan langgar periuk api

MOMBASA: Sekurang-kurangnya tiga maut apabila kenderaan dinaiki mereka melanggar periuk api di sebatang jalan, berhampiran sempadan Kenya dan Somalia.

Pesuruhjaya daerah, Gilbert Kitiyo, berkata ia adalah insiden kelima di kawasan itu dalam tempoh tiga bulan.

Tiada pihak mengaku bertanggungjawab, namun militan al Shabaab yang berpangkalan di Somalia mendakwa mendalangi letupan sama, Mei lalu.

"Letupan membabitkan sebuah kenderaan jenama Toyota yang membawa beberapa penumpang di Nyongoro," kata Kitiyo.

Al Shabaab yang berusaha keras menumbangkan kerajaan Somalia bagi melaksanakan hukuman syariah berkata, mereka akan terus memerangi Kenya melainkan jika negara itu mengundurkan pasukan mereka dari misi keamanan Kesatuan Afrika di Somalia. - REUTERS

199 dibaca
Berita Harian X