Sabtu, 9 September 2017 | 9:37pm
PAKAR arkeologi Mesir menemui makam tukang emas yang didedikasikan kepada Tuhan Amun dan mumia seorang wanita dan dua anaknya. - Foto AFP
PAKAR arkeologi Mesir menemui makam tukang emas yang didedikasikan kepada Tuhan Amun dan mumia seorang wanita dan dua anaknya. - Foto AFP

Pakar arkeologi Mesir temui makam tukang emas

LUXOR: Pakar arkeologi Mesir menemui makam tukang emas yang didedikasikan kepada Tuhan Amun dan mumia seorang wanita dan dua anaknya, kata Kementerian Antikuiti hari ini.

Penemuan itu, bertarikh 16 hingga 11 abad Sebelum Masihi, dibuat di Draa Abul Naga di tebing barat Sungai Nil di Luxor, yang terkenal dengan kuil dan kubur.

Makam 'Tukang Emas Amun, Amenembat' mengandungi arca yang diukir duduk di sebelah isterinya, kata kementerian itu.

Gambar anak lelaki mereka dilukis berada antara kedua-duanya.

Lorong pengebumian dalam makam itu membawa kepada ruang di mana pakar arkeologi menemui mumia, patung jenazah dan topeng, kata kementerian.

Satu lagi lorong membawa kepada ruang pasukan itu menemui mumia wanita dan dua anaknya.

Wanita itu meninggal dunia pada usia 50 tahun dan ujian menunjukkan beliau menderita penyakit tulang, kata kementerian memetik pakar tulang, Sherine Ahmed Shawqi, sebagai berkata. - AFP

939 dibaca
Berita Harian X