Selasa, 10 Oktober 2017 | 7:34am

12 maut bas terjunam dalam tasik

NAIROBI: Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh apabila bas mini yang dinaiki terjunam ke dalam Tasik Victoria di utara Tanzania, kata kenyataan pejabat presiden.

Presiden Tanzania, John Magufuli, dilaporkan terkejut dan sedih mendengar berita di tasik terbesar Afrika itu.

Menurut kenyataan itu, bas terbabit dalam perjalanan menurunkan penumpang ke stesen feri, tersasar dari jalan sebelum terjunam ke dalam tasik.

Media tempatan melaporkan, tiga penumpang terselamat menjadi saksi utama kemalangan itu. - AFP

630 dibaca
Berita Harian X