Isnin, 30 Oktober 2017 | 7:13am

Mayat 36 militan disyaki dibunuh ditemui

BENGHAZI: Mayat 36 individu dipercayai ditembak ditemui berhampiran Benghazi di timur Libya, semalam.

Menurut pihak berkuasa, mayat disyaki milik pejuang militan, termasuk 19 warga asing itu ditemui di kawasan Al-Abyar yang terletak kira-kira 70 kilometer di timur Benghazi.

Berikutan itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk keras tindakan jenayah berkenaan yang menyebabkan berlaku insiden pembunuhan sekurang-kurangnya 36 mangsa itu.

Justeru, PBB mendesak siasatan segera dilancarkan bagi membawa pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Sementara itu, agensi berita LANA melaporkan, Khalifa Haftar yang mengetuai Tentera Kebangsaan Libya di wilayah itu sudah mengarahkan siasatan bagi mengesan pihak yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan berkenaan. - AFP

1296 dibaca
Berita Harian X