Khamis, 9 November 2017 | 12:31am
- Foto hiasan

Maut bermain bom tangan

NAIROBI: Sekurang-kurangnya lima kanak-kanak terbunuh ketika bermain dengan bom tangan di sebuah sekolah di Tanzania utara, kata seorang pegawai tempatan kepada AFP.

"Kami sedih dengan kematian lima kanak-kanak serta 23 lagi yang cedera," kata seorang pegawai kerajaan tempatan, Adroniz Rurindoli, di wilayah Ngara, tempat sekolah terbabit.

"Kemalangan berlaku pagi tadi (Rabu). Kanak-kanak itu bermain dengan bom tangan yang mereka sangkakan hanyalah satu objek logam," katanya.

Rurindoli berkata, semua mangsa berusia antara tujuh dan sembilan tahun. - AFP

947 dibaca
Berita Harian X