Ahad, 12 November 2017 | 11:09pm
FOTO hiasan.

Wanita lahir kembar lima

NAIROBI: Seorang wanita Kenya melahirkan bayi kembar lima hari ini, tetapi dua bayi lelaki pertama meninggal dunia tidak lama selepas dilahirkan di bandar kecil di barat negara itu.

Beliau hamil kembar lima itu secara semula jadi. Ia adalah satu dalam 60 juta peluang bagi ibu untuk hamil kembar lima tanpa rawatan hormon, kata pakar.

Wanita berkenaan, Jacintah Akinyi, 30, mula bersalin di rumah.

Sebaik tiba di hospital, dua bayinya sudah meninggal dunia, kata pengarah hospital yang dikunjunginya, John Malago.

Beliau kemudian melahirkan dua bayi perempuan dan seorang lelaki, yang sihat. Semua bayi seberat antara 1.6 dan 1.9 kilogram.

Malago berkata, wanita itu tidak menemui mana-mana doktor sepanjang kehamilannya.

Akinyi sudah pun mempunyai empat anak, dan kematian anak kelimanya pada awal kehamilan. - AFP

1552 dibaca
Berita Harian X