Rabu, 15 November 2017 | 11:58am
TENTERA Zimbabwe yang sedang berkawal di Harare, Zimbabwe . - Foto REUTERS

Tentera Zimbabwe nafi laporan rampasan kuasa

HARARE: Tentera Zimbabwe menolak dakwaan mereka melancarkan rampasan kuasa, sebaliknya serangan pagi tadi, menyasarkan beberapa penjenayah di sekeliling Presiden Robert Mugabe.

"Ia bukan rampasan kuasa ke atas kerajaan oleh pihak tentera.

"Kami ingin memberi jaminan kepada rakyat di seluruh negara bahawa presiden dan keluarganya berada dalam keadaan selamat.

"Kami hanya menyasarkan penjenayah di sekelilingnya. Sebaik misi ini dicapai sepenuhnya, kami menjangkakan keadaan kembali seperti biasa," kata seorang jeneral tentera ketika membaca kenyataan yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen tempatan.

Sejak semalam, beberapa kereta perisai dilihat di jalan raya sekitar Harare hingga menimbulkan persoalan mengenai kedudukan Mugabe yang memerintah negara itu sejak ia mencapai kemerdekaan pada 1980.

Sebelum ini, seorang saksi berkata kepada AFP, beliau mendengar antara 30 hingga 40 bunyi tembakan berhampiran kediaman peribadi Mugabe di Harare. - AFP

518 dibaca
Berita Harian X