Jumaat, 1 Disember 2017 | 12:11am
- Gambar hiasan

3 kanak-kanak maut ditetak lelaki berparang

KANO (NIGERIA): Seorang lelaki bersenjatakan parang membunuh tiga kanak-kanak dan mencederakan seorang guru selepas menyerang sebuah sekolah rendah di timur laut Nigeria.

Serangan itu dikatakan berlaku pada jam 9.30 pagi waktu tempatan di Sekolah Rendah Jafi di barat daya negeri Borno ketika waktu rehat.

Seorang saksi, Kasimu Ibrahim yang tinggal berhampiran sekolah itu berkata, penyerang berkenaan memasuki bahagian penjagaan kanak-kanak di sekolah berkenaan.

"Lelaki itu kelihatan seperti berusia 30an dan berjanggut. Dia terus memasuki kelas dan menyerang kanak-kanak yang ada.

"Mangsa pertama dan kedua ialah dua kanak-kanak berusia antara lima dan tujuh tahun yang ditetak sehingga mati manakala mangsa ketiga ialah seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun," katanya.

Kanak-kanak terbabit jelas beliau, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Difahamkan penyerang terbabit kini berada dalam tahanan polis manakala pihak berkuasa gagal dihubungi untuk mendapatkan sebarang komen. - AFP

1165 dibaca
Berita Harian X