Ahad, 3 Disember 2017 | 7:23am

13 maut serangan pengebom nekad

KANO: Sekurang-kurangnya 13 maut, manakala lebih 50 cedera dalam dua serangan pengebom nekad di sebuah pasar di timur laut Nigeria, semalam.

Serangan berlaku di bandar Biu, kira-kira 185 kilometer di selatan Maiduguri, yang menjadi pusat kegiatan pemberontak Boko Haram.

"Dua pengebom nekad wanita berjaya menyusup masuk ke Biu dan seorang daripada mereka meletupkan alat peledak yang dipasang pada badannya di dalam pasar di bandar itu, manakala seorang lagi berbuat demikian di luar dataran berhampiran," kata jurucakap polis tempatan.

Setakat ini, tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab, namun kumpulan Boko Haram yang diketuai Abu Bakar Shekau yang sering menggunakan pengebom nekad wanita dan remaja untuk melancarkan serangan di kawasan terbabit. - AFP

261 dibaca
Berita Harian X