Isnin, 8 Januari 2018 | 11:46pm

61 maut akibat listeria di Afrika Selatan

JOHANNESBURG: Angka kematian akibat wabak listeria di Afrika Selatan meningkat melebihi 60 orang sejak bulan lalu, kata pihak berkuasa hari ini.

Kerajaan juga sudah menutup pusat penyembelihan ternakan di mana bakteria penyebab penyakit dikesan.

Institut Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NICD) berkata, sejak pemantauan wabak bermula Januari 2017, 720 kes keracunan makanan disahkan akibat penyakit terbabit, juga dikenali sebagai listerioris, dilaporkan.

Ia meningkat berbanding 557 Disember lalu, apabila kematian direkodkan naik kepada 61 daripada 36.

Seorang pakar mikrobiologi makanan berkata, wabak 'membimbangkan' itu jelas yang terbesar pernah direkodkan dan mungkin merebak lanjut jika tidak ditangani segera.

"Berdasarkan wabak direkodkan secara global yang kita tahu, jumlah di negara ini jauh lebih banyak berbanding kes lain," kata Dr Lucia Anelich yang mengendalikan rundingan keselamatan makanan sendiri.

Jabatan Kesihatan berkata, ia menutup pusat penyembelihan ternakan dikendalikan Sovereign Foods di ibu kota Pretoria selepas mengesan listeria di sana dan melarangnya daripada menyediakan makanan.

Jabatan berkata, ia masih tidak tahu jika pusat itu menjadi sumber wabak, dikatakan NICD belum dipastikan. -Reuters

811 dibaca
Berita Harian X