Rabu, 24 Januari 2018 | 7:30am

22 maut dua letupan gegar Benghazi

BENGHAZI: Sekurang-kurangnya 22 maut manakala 30 lagi cedera, termasuk pegawai keselamatan kanan dalam dua letupan bom kereta di timur Libya, semalam.

Menurut saksi, letupan pertama berlaku di luar masjid di daerah Al Salmani ketika jemaah meninggalkan perkarangan bangunan selepas menunaikan solat Isyak.

Kira-kira 10 atau 15 minit kemudian, letupan kedua yang lebih besar berlaku di seberang jalan, memusnahkan sebuah ambulans, dipercayai berpunca dari sebuah kereta Mercedes.

Sumber rasmi kerajaan berkata, antara yang maut termasuk pegawai tentera dan orang awam.

Kejadian berkenaan turut meragut nyawa pegawai kanan unit risikan, Ahmed al-Feitouri manakala rakan sejawatnya, Mahdi al-Fellah cedera parah.

Hingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab atas serangan berkenaan.

Benghazi ialah lokasi pertempuran selama lebih tiga tahun sejak 2014 hingga akhir tahun lalu membabitkan pasukan komander pangkalan timur, Khalifa Haftar dan militan Islam serta puak pemberontak. - Reuters

262 dibaca
Berita Harian X