Khamis, 1 March 2018 | 7:21pm

4 tentera pengaman Bangladesh maut di Mali

DAKAR: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan empat anggota pengamannya yang maut dalam serangan bom di Mali semalam, adalah warga Bangladesh.

Insiden berlaku di tengah wilayah Mopti, yang menjadi tumpuan serangan militan Daesh sejak beberapa bulan lalu.

Namun, pegawai PBB tidak mendedahkan pihak yang bertanggungjawab terhadap serangan berkenaan.

Sehari sebelum ini, enam anggota tentera Mali terbunuh selepas kenderaan yang dinaiki melanggar periuk api.

"Setiausaha Agung melahirkan ucapan takziah kepada Kerajaan Bangladesh dan Mali serta rasa simpatinya terhadap orang tersayang dan keluarga mangsa," kata jurucakap Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Bangladesh akan penyumbang kedua terbesar misi pengaman PBB apabila kira-kira 7,000 anggota keselamatan dari negara itu terbabit, dalam pelbagai misi badan dunia berkenaan di seluruh dunia. - Reuters

345 dibaca
Berita Harian X