Selasa, 6 March 2018 | 6:41pm

110 maut dijangkiti demam Lassa di Nigeria

LAGOS: Demam Lassa meragut 110 nyawa di Nigeria sejak awal tahun ini, kata Pusat Kawalan Penyakit Nigeria (NCDC) hari ini, antara wabak terburuk sejak 2016.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) minggu lalu berkata, wabak itu mencecah rekod tertinggi dengan 317 kes disahkan makmal dengan 72 daripadanya maut.

"Sejak permulaan wabak ini pada 2018, 110 kematian dicatatkan dengan 78 kes disahkan positif, 8 kes disyaki dan 24 kes negatif," kata NCDC dalam laporannya.

Sejumlah 1,121 kes disyaki dilaporkan dengan 353 kes disahkan positif, lapan disyaki, 723 kes negatif dan 37 kes menunggu ujian makmal.

NCDC berkata, wabak itu dilaporkan di 18 daripada 36 negeri di Nigeria sementara 16 pekerja kesihatan turut terjejas dalam enam kes. - AFP

306 dibaca
Berita Harian X