Isnin, 2 April 2018 | 5:15pm

18 terbunuh serangan Boko Haram di Nigeria

KANO: Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh manakala 84 lagi cedera apabila pelampau Boko Haram bertempur dengan tentera Nigeria berhampiran timur laut bandar Maiduguri, semalam, kata agensi perkhidmatan kecemasan hari ini.

"Setakat ini kami menjumpai 18 mayat di dua perkampungan iaitu Bale Shuwa dan Bale Kura yang terletak di pinggir Maiduguri, kata pegawai Agensi Pengurusan Kecemasan Negara (SEMA), Benlo Dambatto memberitahu AFP.

Maiduguri, ibu negara Borno State adalah tempat asal Boko Haram yang berjuang hampir sembilan tahun untuk menubuhkan negara Islam di timur laut Nigeria. Peperangan itu mengakibatkan 20,000 nyawa terkorban dan lebih dua juta melarikan diri.

"Mangsa terbunuh ketika cuba melepaskan diri daripada pertempuran antara pemberontak dan tentera, kata SEMA. - AFP

209 dibaca
Berita Harian X