Isnin, 16 April 2018 | 10:13pm
Gambar fail, banjir di Afrika.

9 mati banjir kilat di Tanzania

DAR ES SALAAM: Sekurang-kurangnya sembilan orang maut di pusat komersil di Tanzania, selepas hujan lebat mengakibatkan banyak kediaman dan jalan ditenggelami air, kata pihak berkuasa hari ini.

Ketua polis, Lazaro Mambosasa memaklumkan pemberita bahawa hujan lebat sejak tiga hari lalu menyebabkan sejumlah mangsa terkorban.

Rakaman televisyen menunjukkan penduduk cuba berlindung di atas bumbung. Pihak berkuasa mengarahkan sekolah ditutup untuk dua hari mulai esok untuk penilaian kerosakan infrastruktur.

Dar es Salaam mempunyai lima juta penduduk dan sering dilanda banjir kerana sistem perparitan awam yang lemah serta kawasan kediaman tidak dirancang.

Agensi meteorologi kerajaan berkata, musim hujan dijangka berterusan sehingga Mei depan. - Reuters

108 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »