Selasa, 17 April 2018 | 1:11am
Menteri Kehakiman, Alexis Thambwe Mwamba.

250 majistret palsu, rasuah dipecat

KINSHASA: Republik Demokratik Congo semalam memecat lebih 250 majistret yang tidak mempunyai ijazah undang-undang atau didakwa dengan tuduhan rasuah.

"Lebih 200 individu yang tidak memenuhi syarat untuk berkhidmat sebagai majistret disenarai hitam oleh Presiden Joseph Kagila," kata Menteri Kehakiman, Alexis Thambwe Mwamba menerusi stesen televisyen kerajaan.

Beberapa laporan media menyatakan sejumlah 256 individu sama ada digantung atau dipecat, sementara dua orang lagi diarahkan supaya bersara. Difahamkan, negara itu mempunyai kira-kira 4,000 majistret.

"Seseorang tidak boleh menyertai badan kehakiman untuk mengumpul wang. Jelas sekali ada majistret berjaya mengelakkan diri daripada operasi ini," kata menteri itu sambil menyifatkan ramai menyertai badan kehakiman tanpa ijazah undang-undang atau menerima rasuah untuk memberikan keputusan dikehendaki sesuatu pihak.

Thambwe Mwamba memaklumkan, kerajaan negara itu akan memperkenalkan undang-undang baharu untuk meningkatkan tahap profesionalisme kepada mereka yang bercita-cita menjadi majistret.

Pada 2009, Kabila memecat 96 hakim yang didakwa menerima rasuah termasuk dalam kerajaan. Gejala rasuah menjadi masalah utama di negara kaya sumber mineral itu.

"Tangkapan dan penahanan digunakan sebagai alat untuk mengancam atau menakutkan tertuduh untuk mendapat aset mereka," kata Thambwe Mwamba sambil menyifatkan sistem kehakiman negara itu 'lembap'. - AFP

311 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »