Ahad, 22 April 2018 | 8:04pm

3 maut, pengebom nekad letup masjid di Nigeria

KANO: Dua pengebom nekad membunuh tiga jemaah di sebuah masjid di kawasan timur laut Nigeria yang sedang dibina semula selepas dimusnahkan kumpulan militan Boko Haram pada 2014, kata sumber kepada AFP hari ini.

Difahamkan pengebom, seorang lelaki dan seorang wanita meletupkan bom di dalam masjid ketika solat subuh semalam di bandar Bama, negeri Borno.

"Mereka meletupkan diri di dalam masjid ketika jemaah sedang solat sehingga mengorbankan tiga mangsa," kata pengerusi kerajaan tempatan Bama, Baba Shehu Gulumba.

Seorang pegawai kanan tentera di Bama mengesahkan jumlah kematian itu sambil menambah sembilan mangsa lain turut cedera. - AFP

140 dibaca
Berita Harian X