Ahad, 16 Julai 2017 | 2:15am

Maryam Mirzakhani, pintar matematik meninggal dunia


MARYAM Mirzakhani. - Foto EPA

WASHINGTON: Ahli matematik warga Iran, Maryam Mirzakhani, yang juga wanita pertama pernah memenangi Pingat Fields, meninggal dunia semalam di sebuah hospital di Amerika Syarikat akibat barah.

Rakan Mirzakhani, Firouz Naderi, yang juga bekas pengarah Solar Exploration Systems di NASA, mengumumkan kematiannya di Instagram.

"Satu cahaya terpadam hari ini. Ia menghancurkan hati saya, pergi jauh terlalu awal. Seorang bijak pandai? Ya. Tetapi juga seorang anak perempuan, seorang ibu dan seorang isteri," kata beliau di Instagram.

Mirzakhani, 40, seorang profesor di Universiti Stanford di California, meninggal dunia selepas barah yang dihidapinya empat tahun merebak ke tulang sum sum, kata media Iran.

Pada 2014, Mirzakhani memenangi Pingat Fields, yang setara dengan Hadiah Nobel untuk Matematik, dianugerahkan oleh Kongres Antarabangsa Ahli Matematik.

AFP

2249 dibaca
Berita Harian X