Selasa, 12 September 2017 | 7:03am

Peru usir duta Korea Utara

LIMA: Peru memutuskan untuk mengusir duta Korea Utara ke negara itu sebagai bantahan kepada tindakan Pyongyang melanggar resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, tindakan itu juga diambil dibuat ekoran kedegilan Pyongyang yang tidak mahu menghentikan program pembangunan nuklearnya.

Sehubungan itu, katanya, duta Korea Utara, Kim Hak-chol diberi tempoh lima hari untuk meninggalkan Peru.

Pengumuman itu dibuat susulan tindakan sama oleh Mexico minggu lalu, selain menyahut seruan Naib Presiden Amerika Syarikat, Mike Pence bulan lalu yang meminta semua negara di Amerika Latin mengusir duta Korea Utara dari negara masing-masing. - Reuters

2040 dibaca
Berita Harian X