Khamis, 14 September 2017 | 12:10pm
13 orang mati dalam pergaduhan antara kumpulan dua negeri di tengah dan barat Mexico. - Foto Reuters

13 mati dalam pergaduhan kumpulan dadah

MEXICO CITY: Sekurang-kurangnya 13 orang mati dalam pergaduhan antara kumpulan dua negeri di tengah dan barat Mexico, lapor pihak berkuasa.

Menurut pegawai di pejabat pendakwa, lima ditembak mati di sebuah bar di tengah Guanajuato manakala tujuh lagi ditemui mati di dua tempat berbeza di Michoacan.

Pegawai pendakwa Michoacan berkata, tiga mayat yang sudah dikerat-kerat termasuk seorang wanita ditemui di Angahuan berhampiran kawasan kumpulan dadah di Uruapan.

Kadar kematian akibat pergaduhan kumpulan dadah di seluruh Mexico meningkat sejak 2011, kematian tertinggi dicatatkan sepanjang pentadbiran bekas Presiden Mexico, Felipe Calderon hingga memaksa beliau menghantar tentera untuk memerangi kumpulan terbabit.

Secara keseluruhan di peringkat kebangsaan, 14,190 kes pembunuhan sedang disiasat dalam tujuh bulan pertama tahun ini, jumlah tertinggi pada bulan Julai yang direkodkan sejak 1997. - Reuters

1001 dibaca
Berita Harian X