Sabtu, 11 November 2017 | 7:04am
Pelakon komedi Amerika Syarikat (AS), Louis C.K.

Pelakon komedi mengaku salah laku seksual

LOS ANGELES: Pelakon komedi Amerika Syarikat (AS), Louis C.K semalam mengaku bahawa dakwaan salah laku seksual terhadapnya oleh beberapa wanita adalah benar dan meminta maaf atas tindakannya itu.

"Semua cerita ini adalah benar," katanya dalam satu kenyataan yang dihantar melalui e-mel kepada Reuters dan beberapa media lain.

Lima wanita memfailkan dakwaan salah laku seksual terhadap pelawak yang juga pemenang anugerah Emmy itu dalam satu laporan New York Times yang disiarkan Khamis lalu, termasuk tiga wanita yang mengatakan dia melancap di hadapan mereka. Dakwaan itu berlaku 15 tahun lalu.

C.K. mengeluarkan kenyataannya selepas filem 'I Love You Daddy' dibatalkan pelancarannya semalam, dan Netflix Inc turut membatalkan rancangan awal yang sudah disusun dengan pelawak itu berikutan dakwaan berkenaan.

Rangkaian televisyen FX, sebuah unit di dalam 21st Century Fox, turut memutuskan hubungannya dengan C.K. - Reuters

723 dibaca
Berita Harian X