Isnin, 13 November 2017 | 10:36am
PENULIS gosip, Liz Smith. - Foto REUTERS

Penulis gosip, Liz Smith meninggal dunia

NEW YORK: Penulis ruangan gosip terkenal, Liz Smith yang melaporkan perceraian perkahwinan pertama, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump disahkan meninggal dunia di kediamannya di Manhanttan di sini, semalam.

Berita kematian Smith, 94, itu dilaporkan oleh akhbar New York Times dan lain-lain media tempatan.

Smith yang berasal dari Texas memaparkan kisah kehidupan bintang Hollywood dan broadway, model, selain golongan kaya serta berpengaruh serta 1950-an.

Beliau terkenal selepas melaporkan berita perpisahan Trump dengan isterinya, Ivana ketika bertugas dengan New York Daily News.

Selain itu, Smith turut berkhidmat dengan New York Newsday dan New York Post. - Reuters

702 dibaca
Berita Harian X