Rabu, 10 Januari 2018 | 6:59am
SEKURANG-KURANGNYA enam dipercayai maut, manakala ribuan lagi terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing di selatan California, akibat hujan lebat yang menyebabkan banjir lumpur.- Foto EPA

Enam maut banjir lumpur

LOS ANGELES: Sekurang-kurangnya enam dipercayai maut, manakala ribuan lagi terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing di selatan California, akibat hujan lebat yang menyebabkan banjir lumpur, semalam.

Hujan lebat pada awal pagi semalam, memaksa pihak berkuasa mengeluarkan arahan berpindah kepada penduduk di sepanjang pantai pasifik di utara Los Angeles.

"Hujan diramalkan melanda sepanjang hari dengan anggaran antara lima sentimeter hingga 11 sentimeter di kawasan terbabit," kata Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan.

Menurut jurucakap pihak berkuasa, Amber Anderson, sekurang-kurangnya enam maut dalam ribut dan banjir lumpur di wilayah Santa Barbara.

Katanya, banjir lumpur menyebabkan 7,000 diarah meninggalkan kediaman mereka, sementara 23,000 dinasihatkan berbuat demikian secara sukarela. - Reuters

534 dibaca
Berita Harian X