Khamis, 11 Januari 2018 | 8:03am
PRESIDEN, Donald Trump. - Foto EPA

Rumah Putih desak Iran bebas tahanan politik

WASHINGTON: Rumah Putih semalam, mendesak Iran supaya membebaskan semua penunjuk perasaan yang ditahan dalam demonstrasi di seluruh negara, baru-baru ini.

Gesaan itu dijangka meningkatkan tekanan terhadap Tehran ketika Presiden, Donald Trump dalam proses mengkaji semula perjanjian nuklear sedia ada.

"Pentadbiran Trump amat mengambil berat berhubung laporan bahawa rejim Iran memenjarakan ribuan rakyatnya, sejak beberapa minggu lalu kerana terbabit dalam demonstrasi aman.

"Kami tidak akan berdiam diri kerana kerajaan diktator Iran melanggar hak asasi rakyatnya dan meminta pemimpin negara itu supaya bertanggungjawab atas segala tindakan itu.

"Amerika Syarikat mendesak pembebasan segera tahanan politik di Iran, termasuk mangsa yang terbabit dalam kejadian baru-baru ini," kata Rumah Putih dalam satu kenyataan. - AFP

607 dibaca
Berita Harian X