Khamis, 11 Januari 2018 | 2:17pm
GAMBAR fail, pelakon Logan Paul tiba di Anugerah Muzik Billboard 2017, di Arena T-Mobile, Las Vegas, Nevada pada Mei tahun lalu. - AFP

YouTube 'hukum' Paul Logan

NEW YORK: Saluran perkongsian video, YouTube, menghukum bintangnya, Paul Logan, susulan video mempersendakan mangsa bunuh diri di sebuah hutan berhampiran Gunung Fuji, Jepun.

Selain membatalkan dua projek membabitkan Logan, YouTube turut menurunkan profil pengiklanannya.

Dalam video itu, Logan, 22, menemui mayat di Aokigahara, hutan padat di kaki Gunung Fuji yang dikenali sebagai 'Hutan Bunuh Diri Jepun'.

Penyiaran itu mengejutkan media sosial di Jepun, apabila video berkenaan menunjukkan seorang lelaki menggantung dirinya.

Rakaman turut menunjukkan Logan ketawa dan bergurau mengenai insiden itu, sekali gus mencetuskan kemarahan orang ramai.

Logan adalah warga Amerika Syarikat yang mempunyai ramai pengikut, kebanyakannya remaja dan kanak-kanak bawah umur.

"YouTube mengambil keputusan menggugurkan Logan daripada projek di platform langganan YouTube Red bagi kandungan asal," kata seorang jurucakapnya.

Ia termasuk penyiaran sekuel filemnya 'The Thinning' dan pemilihannya sebagai watak utama filem 'Foursome' bagi musim keempat. - AFP

3553 dibaca
Berita Harian X