Rabu, 24 Januari 2018 | 12:13pm
MIKE Pompeo.- Foto Reuters

Nuklear Pyongyang beri tekanan: CIA

WASHINGTON: Agensi Perisikan Pusat (CIA) yakin program peluru berpandu Korea Utara bertujuan memberi tekanan bukan sekadar pertahanan semata-mata.

Pengarahnya, Mike Pompeo, berkata langkah Pyongyang seterusnya sudah pasti membangunkan pelbagai senjata dengan kemampuan melancarkan lebih banyak peluru berpandu.

Pompeo ketika berucap di Institut Enterprise Amerika berkata, adalah menjadi risiko utama membenarkan Korea Utara membangunkan program nuklear dan peluru berpandu kerana ia boleh merebak kepada negara lain.

Katanya, fokus utama Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump adalah untuk menyelesaikan krisis itu dengan cara diplomatik tetapi CIA sedang mencari jalan untuk memberikan beliau pelbagai pilihan. - Reuters

972 dibaca
Berita Harian X