;
Rabu, 24 Januari 2018 | 12:29pm
SENATOR Tammy Duckworth. - Foto REUTERS

Senator bakal lahir anak dalam tugas

WASHINGTON: Senator Tammy Duckworth yang juga doktor tentera veteran Asia Amerika mengumumkan beliau hamil anak kedua, semalam.

Ahli Demokrat berusia 49 tahun dari Illinois itu adalah senator pertama yang melahirkan anak ketika masih menyandang jawatan berkenaan.

"Saya mahu berkongsi berita peribadi yang menggembirakan," katanya dalam tweet di samping foto dua ekor itik dewasa dan anak itik.

Duckworth dalam wawancara bersama Chicago Sun-Times, berkata beliau dijangka melahirkan anak kedua itu, seorang bayi perempuan April nanti, beberapa minggu selepas menyambut ulang tahun kelahiran ke-50.

"Saya dan Brian tidak sabar menyambut kehadiran ahli baru dalam keluarga malah Abigail juga amat gembira dengan kehadiran adik perempuan ini," katanya dalam satu kenyataan, merujuk kepada suami dan anak sulungnya yang berusia tiga tahun.

Sehingga kini 10 anggota Kongres melahirkan anak sepanjang tempoh perkhidmatan mereka, namun kesemuanya terdiri daripada ahli Dewan Perwakilan.

Duckworth dipetik sebagai berkata, kesukaran membahagikan tugas sebagai Senator dan seorang ibu secara tidak langsung membuatkan beliau lebih komited.

Veteran Perang Iraq itu hilang kedua-dua belah kaki ketika sedang bertugas sebagai Pembantu Juruterbang apabila helikopter dinaikinya ditembak musuh pada 2004. - AFP

1154 dibaca
Berita Harian X