Sabtu, 10 March 2018 | 2:09pm
PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump. - Foto REUTERS

Washington anjur perarakan tentera rai anggota veteran esok

WASHINGTON : Perarakan kenderaan tentera di seluruh Washington bagi meraikan anggota tentera veteran akan diadakan esok dan ia dilihat sebagai peluang bagi Trump merealisasikan impiannya untuk menganjurkan acara seumpama itu.

Rumah Putih pada bulan lalu mengumumkan bahawa Trump meminta satu perarakan ketenteraan berskala besar diadakan, sekali gus mengundang perbandingan bersama negara-negara lain yang lebih autokratik.

Ketua Pegawai Jeneral Joe Dunford dalam satu memorandum berkata, perarakan berkenaan akan memberi tumpuan kepada sumbangan veteran tentera, bermula dari era Perang Revolusi dan Perang 1812 hingga hari ini.

Jabatan Pertahanan sebelum ini berkata, tarikh perarakan berkenaan masih belum ditetapkan namun tidak menolak ia akan diakan sekitar waktu itu sempena Hari Veteran Tentera atau di negara lain dikenali sebagai Hari Peringatan sempena berakhirnya Perang Dunia Pertama.

Menurut Pentagon, acara itu hanya akan disertai oleh kenderaan beroda kerana penggunaan kereta perisai akan merosakkan jalan raya.

Ia juga akan membabitkan penyertaan pesawat tentera udara pada akhir perarakan, termasuk dari jenis lama.

Acara itu membabitkan perjalanan sejauh 1.6 kilometer bermula dari Rumah Putih menuju ke Capitol, diikuti pemeriksaan barisan oleh Presiden sambil diiringi anggota veteran dan penerima Pingat Kehormat. - AFP

193 dibaca
Berita Harian X