Ahad, 11 March 2018 | 5:47pm
KATY Perry. - Foto fail Reuters

Rahib kes Katy Perry maut di mahkamah

LOS ANGELES: Seorang rahib berusia 89 tahun yang sejak beberapa tahun lalu menentang usaha pembelian biara milik mereka oleh bintang pop Katy Perry, meninggal dunia sejurus pengsan ketika prosiding mahkamah.

Media melaporkan Catherine Rose Holzman - seorang daripada dua rahib tua yang menentang usaha penjualan biara seluas tiga hektar itu meninggal dunia kelmarin ketika prosiding berkaitan kes berkenaan di Mahkamah Daerah Los Angeles, lapor KTTV.

Sejurus sebelum prosiding, Holzman yang ditemui media berkata: "Katy Perry, tolonglah berhenti. Usaha ini cuma menyebabkan kesakitan kepada terlalu ramai orang."

Holzman dan rakannya Rita Cullanan adalah antara lima rahib yang tinggal di biara itu dan mahu menjualnya dengan harga AS$15.5 juta (RM60.64 juta) kepada pemilik restoran, Dana Hollister yang mahu mengubah suai bangunan itu menjadi hotel.

Ketua Biskop Los Angeles memfailkan saman bagi menghalang penjualan itu kerana menganggap rahib berkenaan tiada kuasa menjualnya.

Hakim pada 2016 memutuskan penjualan itu tidak sah seterusnya membolehkan Perry membelinya daripada ketua biskop. - REUTERS

3879 dibaca
Berita Harian X