Isnin, 12 March 2018 | 10:07am
PASUKAN perubatan bergegas ke tempat kejadian di timur New York City. - Foto AFP

Dua maut helikopter terhempas di New York

NEW YORK: Sekurang-kurangnya dua terbunuh selepas sebuah helikopter terhempas di dalam sungai di timur New York City.

Menurut pihak berkuasa, pasukan penyelam kini bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa yang terperangkap di dalam helikopter yang hampir tenggelam.

Jurucakap Datuk Bandar, Bill de Blasio, Eric Phillips, dalam mesej di Twitter berkata, sekurang-kurangnya seorang individu yang menaiki pesawat itu dipercayai selamat, manakala dua lagi terbunuh.

Katanya, pasukan penyelam masih berada di dalam sungai untuk menyelamatkan mangsa.


PASUKAN penyelam berada di dalam sungai untuk menyelamatkan mangsa. - Foto AFP

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) berkata, pesawat Eurocopter AS350 itu dilaporkan terhempas di kawasan utara Pulau Roosevelt pada jam 7 malam (waktu tempatan) dan dilaporkan berada di dalam keadaan terbalik.

Berikutan itu, FAA berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan juga bakal menyiasat insiden itu. - Reuters

350 dibaca
Berita Harian X