Rabu, 14 March 2018 | 7:14am
REX Tillerson. - Foto AFP

Pemecatan Tillerson akhiri perjanjian nuklear Iran

WASHINGTON: Pemecatan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Rex Tillerson, menjadi pengakhiran perjanjian nuklear Iran dan terus memburukkan hubungan negara itu dengan sekutu utamanya di Eropah.

Ketika menjelaskan keputusannya memecat Tillerson, Presiden Donald Trump, berkata mereka tidak bersetuju dengan banyak perkara tetapi menyatakan dengan jelas satu perbalahan antara mereka iaitu sama ada untuk kekal dalam perjanjian Iran atau tidak.

"Apabila melihat kepada perjanjian Iran, saya rasakan ia teruk. Beliau berasakan semuanya OK.

"Saya mahu melanggar perjanjian atau melakukan sesuatu, tetapi beliau berfikir sebaliknya. Kami tidak berfikiran sama," kata Trump.

Semalam, genap dua bulan, Trump mengumumkan nasib perjanjian Iran.

Jika pemecatan Tillerson menjadi petunjuk kepada keputusan Trump mengenai isu itu, ia menunjukkan perjanjian itu ada masalah.

Jika Trump memutuskan untuk meninggalkan Pelan Tindakan Menyeluruh Bersama (JCPOA), perjanjian itu dan sebarang harapan generasi Eropah dan diplomat AS, akan berakhir. - AFP

1724 dibaca
Berita Harian X