Isnin, 16 April 2018 | 8:26am
ISTERI bekas Presiden H W Bush, Barbara Bush. - Foto Reuters

Kesihatan Barbara Bush membimbangkan

WASHINGTON: Kesihatan isteri bekas Presiden H W Bush, Barbara Bush, semakin buruk dan keluarga memutuskan untuk beliau tidak lagi dirawat di hospital, menurut pejabat bekas presiden itu dalam kenyataan dari Houston.

Bekas Wanita Pertama itu yang juga ibu kepada bekas Presiden George W Bush, sebaliknya dijaga di rumah.

Barbara berusia 92 tahun.

Kenyataan itu tidak memaklumkan penyakit dialami Bush tetapi menyatakan beliau sudah beberapa kali dimasukkan ke hospital.

Laporan CNN menyatakan Bush mengalami penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD) dan kegagalan jantung.

Jurucakap keluarga Bush berkata, beliau kini dijaga di rumahnya.

"Bush dikelilingi keluarga yang disayangi dan menghargai banyak mesej dan terutama doa yang diterima," menurut satu kenyataan.

Bush menjadi Wanita Pertama dari 1989 hingga awal 1993, apabila suaminya dilantik sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-41. - Reuters

459 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »