Isnin, 16 April 2018 | 1:37pm
Mike Pence. - Foto Reuters

Pembantu Mike Pence letak jawatan

WASHINGTON: Seorang pembantu keselamatan kebangsaan baharu kepada Naib Presiden Mike Pence meletak jawatan, kesan pergolakan dalaman Rumah Putih, dua hari selepas dilantik secara rasmi, kata seorang pegawai.

Perlantikan Jon Lerner sebagai pembantu Pence adalah antara yang paling singkat dalam pentadbiran Rumah Putih yang diketahui penuh dengan drama pemecatan kakitangan.

Jumaat lalu, pejabat Pence mengumumkan perlantikan Lerner, bekas pembantu kanan, Duta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Nikki Haley sebagai penasihat kanannya berhubung isu luar negara.

Menjelang Ahad, pejabat naib presiden itu mengeluarkan kenyataan kedua menjelaskan bahawa Lerner sudah meletak jawatan.

Isu meletus selepas Presiden Donald Trump mendapat tahu bahawa Lerner adalah seorang Republikan yang anti Trump dan mempersoalkan mengapa Pence memilihnya.

Difahamkan Lerner akan kembali berkhidmat untuk Haley. - Reuters

358 dibaca
Berita Harian X