Isnin, 16 April 2018 | 8:54pm

7 maut, 17 cedera banduan merusuh di Carolina

WASHINGTON: Seramai tujuh banduan maut, manakala 17 lagi cedera dalam rusuhan di sebuah penjara yang dikawal ketat di Carolina Selatan.

Jabatan Pemulihan berkata, rusuhan berlaku pada malam semalam, di Institut Pemulihan Lee (Lee CI) di Bishopville, Carolina Selatan, namun berjaya dikawal pada jam 2.55 pagi (waktu tempatan).

"Insiden di Lee CI menyebabkan 17 banduan terpaksa mendapatkan rawatan perubahan di luar kemudahan itu, manakala tujuh lagi banduan terbunuh," kata jabatan itu menerusi akaun Twitter.

Sementara itu, semua pengawal penjara dan pihak berkuasa undang-undang berada dalam keadaan selamat.

Pada mulanya, jabatan itu mendakwa kejadian itu sebagai satu insiden biasa, sebelum mendedahkan ia satu masalah serius selepas ia mula merebak pada 7.15 malam (waktu tempatan).

"Kejadian itu membabitkan beberapa banduan selepas berlakunya pergaduhan antara beberapa penghuni di tiga unit kompleks di pusat pemulihan itu," kata jabatan itu. - AFP

170 dibaca
Berita Harian X