Selasa, 17 April 2018 | 8:17am
PELARIAN Rohingya di kem Kutupalong, Bangladesh. - Foto Reuters

Reuters menang Hadiah Pulitzer

NEW YORK: Agensi berita Reuters memenangi Hadiah Pulitzer semalam bagi laporan dan gambar antarabangsa.

Akhbar The New York Times dan Washington Post pula berkongsi penghargaan kerana mendedahkan gangguan seksual di Amerika Syarikat dan memperincikan pembabitan Russia pada pilihan raya presiden 2016.

Pulitzer, anugerah paling berprestij dalam kewartawanan Amerika, mengiktiraf Reuters dalam laporan antarabangsa kerana mendedahkan kaedah skuad pembunuhan polis dalam kempen memerangi dadah Presiden Rodrigo Duterte di Filipina, dan gambar krisis pelarian Rohingya di Myanmar dan Bangladesh.

"Dalam tahun yang menyaksikan banyak anugerah Pulitzer diperuntukkan kepada perkara domestik AS, kami bangga dengan Reuters kerana menonjolkan isu global yang berkepentingan," kata Ketua Editor Reuters, Stephen J Adler said.

Ia adalah kali pertama Reuters menang dua hadiah dalam setahun.

Dalam liputan di Filipina, wartawan Reuters, Clare Baldwin, Andrew RC Marshall dan Manuel Mogato "menunjukkan bagaimana kempen dadah presiden membunuh tanpa dikenakan hukuman dan secara konsisten dilindungi daripada pendakwaan".

Liputan termasuk laporan yang mendedahkan bagaimana skuad antidadah polis di pinggir Manila merekodkan jumlah tinggi luar biasa kes pembunuhan.

Kakitangan fotografi Reuters diberi penghargaan kerana imej keganasan dilalui minoriti Islam Rohingya, ketika melarikan diri dari Myanmar ke Bangladesh.

"Gambar luar biasa melarikan diri beramai-ramai penduduk Rohingya ke Bangladesh menunjukkan bukan sahaja konflik itu menjejaskan manusia tetapi juga peranan penting kewartawanan foto dalam mendedahkan perkara itu," kata Adler. - Reuters

195 dibaca
Berita Harian X