Ahad, 10 September 2017 | 12:01am
BEBERAPA perkampungan dibakar di barat laut Myanmar. - Foto Reuters

Empat lagi perkampungan Rohingya dibakar

YANGON: Beberapa lagi perkampungan dibakar hari ini di barat laut Myanmar, wilayah ramai etnik Islam Rohingya berlindung daripada keganasan, kata dua sumber yang memantau keadaan.

Kebakaran itu yang bermula semalam apabila lapan kampung dibakar di wilayah pelbagai etnik Rathedaung, meningkatkan kebimbangan lebih ramai minoriti Rohingya melarikan diri ke Bangladesh.

Kebakaran hari ini memusnahkan empat lagi perkampungan di Rathedaung, berkemungkinan bertujuan menghapuskan semua kampung penduduk Islam di kawasan itu, kata sumber.

"Secara perlahan, satu demi satu kampung dibakar. Saya percaya minoriti Rohingya sudah pun hapus sepenuhnya dari Rathedaung.

"Ada 11 perkampungan Islam di situ dan selepas dua hari, semuanya musnah," kata jurucakap kumpulan pemerhati Arakan Project, Chris Lewa.

Tidak dapat dipastikan siapa memulakan kebakaran di kampung yang terletak di barat laut Myanmar, jauh dari lokasi militan Rohingya menyerang 30 pos polis dan pangkalan tentera bulan lalu, mendorong serangan balas tentera yang mengorbankan 400 orang. - Reuters

946 dibaca
Berita Harian X