Isnin, 11 September 2017 | 10:43pm
HALIMAH Yacob, bakal menjadi presiden wanita pertama republik itu selepas calon lain didapati tidak layak bertanding.- Foto Reutes

Halimah bakal presiden wanita pertama Singapura

SINGAPURA: Bekas Speaker Parlimen Singapura, Halimah Yacob, bakal menjadi presiden wanita pertama republik itu selepas calon lain didapati tidak layak bertanding, lapor akhbar Straits Times hari ini.

Jawatan itu diperuntukkan tahun ini untuk calon daripada etnik minoriti Melayu.

Cuma Halimah diberi sijil kelayakan untuk bertanding pada pilihan raya oleh Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden, lapor akhbar berkenaan di laman webnya. - Reuters

7617 dibaca
Berita Harian X