Ahad, 12 November 2017 | 11:49am
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ketika berada di hanoi. - Foto REUTERS

Trump minat jadi orang tengah

HANOI: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menyatakan kesediaan menjadi orang tengah dalam menyelesaikan pertikaian wilayah di Laut China Selatan antara Vietnam dan China.

"Maklumkan jika saya boleh membantu menjadi orang tengah menyelesaikan isu ini," katanya dalam pertemuan dengan Presiden Vietnam, Tran Dai Quang, di sini.

Trump berkata, China turut membantu menyelesaikan isu ketegangan dengan Korea Utara sambil berharap Russia akan mengambil tindakan sama.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Vietnam.

Sementara itu, Trump dalam entri akaun Twitter semalam berkata, pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, pernah menghinanya dengan panggilan 'tua' tetapi beliau tidak akan memanggilnya 'pendek dan gemuk'.

Beliau turut mengatakan Presiden China, Xi Jinping akan meningkatkan sekatan ke atas Korea Utara susulan program nuklear negara itu dan Jinping mahu Pyongyang bebas daripada nuklear. - Reuters

538 dibaca
Berita Harian X