Selasa, 14 November 2017 | 11:52am
PERDANA Menteri China, Li Keqiang. - Foto AFP

China setuju guna pakai kod amalan

MANILA: Persetujuan China memulakan perbincangan dengan ASEAN berhubung rangka kerja pelaksanaan kod amalan menangani kemelut di Laut China Selatan dilihat sebagai pemangkin membentuk kestabilan serantau.

Perdana Menteri China, Li Keqiang, berkata menjadi harapan negaranya untuk melihat kewujudan kukuh aspek keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan.

Beliau menyatakan demikian pada pertemuan bersama pemimpin ASEAN, di sini.

Menteri Luar China dan rakan-rakan sejawatnya di ASEAN pada Ogos lalu bersetuju mengguna pakai rangka kerja pelaksanaan kod amalan di Laut China Selatan, satu langkah yang disifatkan sebagai satu kemajuan berhubung isu berkenaan.

Bagaimanapun, pengkritik berpendapat ia hanya strategi China untuk mendapat lebih masa dalam mengukuhkan kuasa maritim mereka.

Keqiang, dalam ucapan kepada pemimpin ASEAN di sidang kemuncak di sini berkata, terdapat konsensus yang sahih dalam isu berkenaan, serentak usaha menangani isu itu secara aman.

"Kami berharap rundingan membabitkan pelaksanaan kod amalan ini akan membuahkan kepercayaan serta persetujuan ramai," katanya. - Reuters

450 dibaca
Berita Harian X