Khamis, 11 Januari 2018 | 10:01pm
PIHAK berkuasa pemuliharaan Indonesia kini berusaha mengesan dan menyelamatkan seekor buaya air masin daripada mati tercekik selepas tayar motosikal tersangkut di lehernya. - Foto AFP

Kesan buaya pakai 'tayar'

PALU: Pihak berkuasa pemuliharaan Indonesia kini berusaha mengesan dan menyelamatkan seekor buaya air masin daripada mati tercekik selepas tayar motosikal tersangkut di lehernya lebih setahun lalu.

Buaya sepanjang empat meter itu sering dilihat di sebatang sungai yang menyusuri ibu kota wilayah Sulawesi Tengah di sini sejak 2016.

Namun, video terbaharu dirakam penduduk tempatan menunjukkan reptilia terbabit bergelut untuk bernafas menyebabkan pegawai bimbang tayar terbabit secara perlahan membunuhnya.

Pakar pemuliharaan percaya seseorang mungkin sengaja meletakkan tayar itu sebagai perangkap untuk menangkapnya untuk dijadikan haiwan peliharaan.

"Tahun lalu, kami melihat masih ada ruang untuk leher buaya bergerak namun kami tidak akan menunggu sehingga tayar itu menjerutnya," kata ketua agensi pemuliharaan tempatan dikenali Haruna.

Haruna berkata, agensi itu kekurangan peralatan sesuai untuk menyelamatkan reptilia itu, menyebabkan cubaan mengesan buaya itu setakat ini gagal.

Pihak berkuasa yang menentang penggunaan pelali, menggunakan perangkap keluli yang diletakkan di dalam sungai ketika paras air cetek. -AFP

4034 dibaca
Berita Harian X