Jumaat, 9 March 2018 | 10:10pm
Tentera Filipina berdiri bersebelahan kereta perisai di pusat pemeriksaan lebuh raya berhampiran lokasi pertembungan di antara tentera kerajaan dan militan Islam di bandar Datu Saudi Ampatuan, wilayah Maguindanao. - Foto AFP

Filipina bunuh 8 militan di Mindanao

MANILA: Tentera Filipina berkata hari ini, ia membunuh sekurang-kurangnya lapan militan Islam dalam operasi menghalang usaha mereka menubuhkan pangkalan di selatan negara itu susulan kepungan lima bulan di Marawi tahun lalu.

Kenderaan perisai dan meriam digunakan ke atas 50 lelaki bersenjata daripada Pejuang Kebebasan Islam Bangsamoro (BIFF) di pulau Mindanao semalam, kata jurucakap tentera tempatan, Leftenan Kolonel Gerry Bisana dalam satu laporan.

Tentera berkata bulan lalu, lelaki bersenjata dikaitkan dengan militan Daesh memperbaharui kempen senjata bagi menubuhkan khalifah di rantau itu.

Cubaan pertama ditumpaskan tahun lalu selepas kempen tentera disokong Amerika Syarikat (AS) di Marawi menyebabkan lebih 1,100 orang maut.

Militan terselamat dalam kepungan Marawi merekrut sejumlah 200 lelaki bersenjata, menurut tentera, dengan Presiden Rodrigo Duterte memberi amaran, mereka mungkin menyerang bandar Mindanao lain.

Bisana berkata, tentera menemui mayat lapan lelaki bersenjata, walaupun percaya militan membawa lari 15 mayat rakan lain. -AFP

485 dibaca
Berita Harian X