Sabtu, 14 April 2018 | 12:43am

32 kakitangan Kedutaan AS di Kemboja dipecat

Phnom Penh: Kedutaan Amerika Syarikat di Kemboja memecat 32 kakitangannya selepas mereka didakwa ditangkap berkongsi bahan lucah.

Empat sumber memberitahu, video dan gambar lucah, termasuk sebahagiannya memaparkan mangsa di bawah usia 18 tahun, dikongsi dalam ruang sembang Facebook Messenger.

Sebahagian imej dilihat oleh isteri seorang pekerja kedutaan yang melaporkan kejadian itu kepada seorang pegawai di kedutaan berkenaan.

Menurut sumber, perkara itu kemudian dimaklumkan kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

"Kad pengenalan mereka diambil dan telefon mereka diperiksa," kata bekas staf kedutaan AS yang enggan dikenali.

Katanya, 32 kakitangan itu, termasuk rakyat Kemboja dan penduduk berketurunan Kemboja-Amerika.

Kebanyakannya bekerja sebagai pengawal dan kakitangan perkeranian. Tiada diplomat di kalangan mereka. - Reuters

830 dibaca
Berita Harian X