Selasa, 17 April 2018 | 4:54pm
KERAJAAN Filipina bercadang untuk menempatkan ratusan polis anti rusuhan di pulau peranginan, Boracay. - Foto Reuters

Polis anti rusuhan kawal pulau Boracay

MANILA: Kerajaan Filipina bercadang untuk menempatkan ratusan polis anti rusuhan di pulau peranginan, Boracay bertujuan melindungi pelancong bagi menghadapi kemungkinan berlakunya rusuhan, susulan keputusan menutup pulau itu selama enam bulan.

Keputusan itu dibuat selepas Presiden Rodrigo Duterte memanggil pulau yang terkenal di seluruh dunia itu sebagai 'takungan najis'.

Pulau Boracay menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar Filipina kerana keindahan pantainya yang dilitupi pasir putih bersih.

Berikutan itu, pada 26 April lalu, Duterte mengarahkan supaya pelancong dilarang daripada mengunjungi pulau itu, bagi membolehkan operasi merawat sisa kumbahan dan meruntuhkan struktur bangunan yang dibina secara haram.

Semalam, pihak berkuasa mengumumkan rancangan untuk mengeluarkan semua pelancong menggunakan khidmat 600 anggota polis, termasuk 138 anggota unit anti rusuhan. - AFP

464 dibaca
Berita Harian X