Sabtu, 12 Ogos 2017 | 7:15pm

Banjir, tanah runtuh ragut 25 nyawa di Nepal

KATHMANDU: Banjir dan tanah runtuh disebabkan hujan lebat meragut sekurang-kurangnya 12 nyawa sejak dua hari lalu di seluruh Nepal.

Hujan lebat melanda di lebih 12 daerah di timur negara itu selain beberapa kawasan di barat sejak pagi semalam, kata Kementerian Dalam Negeri.

Banjir berlaku seluruh tanah rendah padat penduduk yang bersempadan India, manakala beberapa daerah terpencil di kawasan bukit di timur dilanda tanah runtuh disebabkan musim hujan.

"Kami masih mengumpulkan butiran mengenai kematian. Menurut laporan awal yang dibentangkan kepada kementerian, lebih 25 dikhuatiri maut," kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Deepak Kafle.

Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan meletakkan angka kematian lebih 24 orang sejak semalam.

Tiga belas terbunuh di daerah di timur Nepal dan sekurang-kurangnya empat lagi hilang, kata ketua polis wilayah, Ramesh Bhattarai.

Talian telefon dan elektrik juga terjejas disebabkan hujan lebat menjadikan sukar untuk mengesahkan kerosakan di kawasan terpencil, tambahnya. - AFP

147 dibaca
Berita Harian X