Sabtu, 12 Ogos 2017 | 8:48pm

Kurang oksigen didakwa punca kematian 60 kanak-kanak

MUMBAI/NEW DELHI: Kematian 60 kanak-kanak di hospital di negeri Uttar Pradesh di utara India minggu ini, mendorong media tempatan menyalahkan kekurangan bekalan oksigen sebagai puncanya.

Kolej Perubatan BRD mengesahkan 34 bayi meninggal dunia dalam unit rawatan rapi neonatal, manakala 12 lagi disebabkan encephalitis.

Bakinya pula meninggal dunia tanpa diketahui puncanya.

Laporan media tempatan menyatakan, sebahagian kematian disebabkan kekurangan bekalan oksigen selepas pembekal persendirian menarik balik peralatan itu berhubung bayaran yang gagal dilunaskan hospital berkenaan.

Ketua Perubatan BRD, Superintendan Perubatan Dr R S Shukla, menafikan kematian disebabkan kekurangan bekalan oksigen.

Hospital berkenaan, dalam satu kenyataan, berkata berlaku 'penurunan tekanan dalam bekalan oksigen cecair' kelmarin tetapi menambah silinder oksigen yang diperoleh daripada pembekal lain.

Ia tidak menyatakan sama ada itu punca kematian.

Angka kematian yang diberikan hospital menunjukkan kenaikan kelmarin, dengan 23 kematian termasuk 14 bayi di unit neotanal.

Kerajaan Uttar Pradesh dan persekutuan masih menyiasat perkara itu. - REUTERS

745 dibaca
Berita Harian X