Khamis, 7 Disember 2017 | 6:03pm
POLIS Israel meronda sebuah lorong di kota lama Jerusalem. - Foto EPA

Israel kerah tentera kawal Tebing Barat

BAITULMAQDIS: Israel mengumumkan bahawa mereka sudah mengerah anggota tentera ke Tebing Barat, susulan keputusan Presiden Donald Trump yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negaranya.

"Hasil perbincangan dengan jeneral tentera mengenai keadaan semasa, kami memutuskan untuk menghantar beberapa batalion tentera untuk mengawal kawasan Tebing Barat, termasuk pasukan perisikan dan pertahanan wilayah.

"Selain itu, beberapa pasukan turut diletakkan dalam keadaan bersiap sedia bagi menghadapi segala kemungkinan," kata jurucakap tentera dalam satu kenyataan. - AFP

1842 dibaca
Berita Harian X