Khamis, 7 Disember 2017 | 9:43pm

13 maut bot karam di Pakistan

KARACHI: Sekurang-kurangnya 13 orang maut, manakala lebih 20 dilaporkan masih hilang selepas dua bot karam di kawasan perairan di selatan Pakistan.

Ketika kejadian, kedua-dua bot itu dipercayai dinaiki lebih 60 penumpang ketika dalam perjalanan ke pusat keagamaan penganut Sufi di wilayah Sindh.

"Bot berkenaan karam dan terbalik akibat angin kuat berhampiran bandar purba Thatta menyebabkan 13 maut, termasuk wanita dan kanak-kanak.

"Seramai 20 lagi penumpang berjaya diselamatkan," pegawai daerah, Mirza Nasir Baig. - AFP

48 dibaca
Berita Harian X