Khamis, 7 Disember 2017 | 10:57pm
PIZZA Neapolitan boleh segera diberikan status warisan UNESCO. - Foto EPA

Pizza Naples, Itali diiktiraf warisan UNESCO

SEOUL: Kaedah 'menebar' tepung oleh pembuat pizza di Naple diiktiraf dalam senarai terbaharu warisan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Pengiktirafan kepada seni 'pizzaiuolo' itu diumumkan oleh Jawatankuasa Warisan Dunia UNESCO yang bermesyuarat di Pulau Jeju, Korea Selatan.

"Kejayaan ini adalah hasil sokongan dua juta orang yang menyokong petisyen dalam talian bagi menyokong permohonan Naples, selain tawaran pizza percuma jika kaedah tradisi itu berjaya memasuki senarai itu," kata Ketua Persatuan Neapolitan Pizzaiuoli, Sergio Miccu.

Menteri Pertanian, Makanan dan Perhutanan Itali, Maurizio Martina dalam mesej di Twitter menganggap kemenangan itu adalah satu lagi langkah bagi melindungi warisan negara berkenaan.

Selain Naples, turut tersenarai kali ini ialah Al-Qatt Al-Asin, seni lukisan dinding secara tradisional yang dihasilkan oleh wanita di Arab Saudi dan teknik Shital Pati dari Bangladesh, iaitu kraf tenunan menggunakan tebu hijau bagi menghasilkan tikar serta cadar. - AFP

99 dibaca
Berita Harian X